Aktiviti & Berita

MBI JUARA PERTANDINGAN KOIR PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PIALA YAB MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2023

26 Oktober 2023-Pasukan Koir MBI telah diumumkan sebagai juara Pertandingan Koir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Piala YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Tahun 2023 di Stadium Indera Mulia petang tadi.

Naib Juara pula adalan Majlis Daerah Tanjung Malim, tempat ke-3 Majlis Perbandaran Taiping manakala Majlis Perbandaran Manjung di tempat ke-4.

Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan pertandingan tersebut petang tadi.

Pertandingan Koir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Piala YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Tahun 2023 ini melibatkan 10 pasukan dari keseluruhan 15 PBT Negeri Perak.

Sebagai tuan rumah kejohanan ini, MBI berharap dapat membantu menyemarakkan lagi perkembangan koir di Bandar Raya Ipoh dengan cara membangkitkan minat terhadap koir, yang juga merupakan salah satu cabang seni yang harus dihargai.

Penganjuran kejohanan ini mampu memberikan impak besar terhadap pembangunan koir di Malaysia ia secara tidak lansung akan membantu menentukan sejauh manakah kegemilangan bidang koir ini serta membantu meningkatkan prestasi koir sekaligus berjaya membangunkan peserta dan pasukan koir yang terbaik di Malaysia.

Usaha ini selaras dengan hasrat MBI bagi menjadikan Ipoh sebagai bandar seni. Oleh yang demikian, Majlis menggalakkan pelbagai usaha seni dijalankan di bandaraya Ipoh baik dari aspek lukisan, seni muzik, seni suara, kraf dan sebagainya.

Selaras dengan usaha itu juga, MBI mewujudkan Lorong Seni di Lorong Panglima, Ipoh dan buat masa ini beroperasi pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari pada setiap hari Sabtu. Waktu perniagaan di Lorong Seni ini mungkin akan dipanjangkan atau diadakan pada Sabtu dan Ahad di masa yang akan datang bergantung kepada permintaan.

Dahulunya Ipoh terkenal dengan pusat latihan seni. Ipoh telah melahirkan penyanyi-penyanyi terkenal seperti Jamal Abdillah, Aris Ariwatan, ND Lala dan penyanyi Rock seperti kumpulan May dan lain-lain. Ipoh mempunyai studio yang menjadi tumpuan anak muda yang berminat dengan seni muzik dan suara. Maka tidak mustahil Ipoh boleh menghidupkan semula peluang-peluang bagi para peminat seni untuk mengasah bakat dalam bidang yang mereka minati.

Pertandingan Koir PBT Negeri Perak ini merupakan salah satu usaha ke arah menyemarakkan aktiviti seni di Bandaraya Ipoh. Namun, adat bertanding sememangnya ada yang menang dan ada yang kalah, tetapi yang penting ialah agar setiap pasukan memberikan yang terbaik dalam persembahan mereka dalam semangat kesetiakawan dan mengukur sejauh manakah usaha masing-masing dapat membuahkan kejayaan. Ianya juga perlu dijadikan pembakar semangat peserta untuk berusaha lebih gigih lagi di masa hadapan. Ini kerana, pertandingan ini akan diteruskan pada setiap tahun dan PBT yang lain pula akan menyahut cabaran sebagai tuan rumah pada tahun hadapan, sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Semoga pertandingan ini akan membantu memperbaiki persefahaman, kejituan perpaduan, dan solidariti sebagai sebuah keluarga koir PBT.

IMG 20231026 WA0030
IMG 20231026 WA0031
IMG 20231026 WA0032
IMG 20231026 WA0033
IMG 20231026 WA0034
IMG 20231026 WA0035
IMG 20231026 WA0036
IMG 20231026 WA0037
IMG 20231026 WA0038
IMG 20231026 WA0039
IMG 20231026 WA0040
IMG 20231026 WA0041
IMG 20231026 WA0042
IMG 20231026 WA0043
IMG 20231026 WA0044
IMG 20231026 WA0045
IMG 20231026 WA0046
IMG 20231026 WA0047
IMG 20231026 WA0048
IMG 20231026 WA0049
IMG 20231026 WA0050
IMG 20231026 WA0051
IMG 20231026 WA0052
IMG 20231026 WA0053
IMG 20231026 WA0054
IMG 20231026 WA0055
IMG 20231026 WA0056
IMG 20231026 WA0057
IMG 20231026 WA0058
IMG 20231026 WA0059
IMG 20231026 WA0060
IMG 20231026 WA0061
IMG 20231026 WA0062
IMG 20231026 WA0063
IMG 20231026 WA0064
IMG 20231026 WA0065
IMG 20231026 WA0066
IMG 20231026 WA0067
IMG 20231026 WA0068
IMG 20231026 WA0069
IMG 20231026 WA0070
IMG 20231026 WA0071
IMG 20231026 WA0072
IMG 20231026 WA0074
IMG 20231026 WA0075
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7026705