8 Okotober 2024, Tuan Haji Ahmad Munir Bin Ishak, Setiausaha Bandaraya telah mewakili MBI menerima Sijil Penarafan 5 Bintang Program Kesihatan Persekitaran PBT (PPAT) Tahun 2024 Kategori Majlis Bandaraya dalam Majlis Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (SHKPS) Peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tahun 2024 bertempat di Bangi Avenue Convention Centre, Bangi, Selangor yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu.
SHKPS 2024 turut memberi pengiktirafan kepada PBT yang cemerlang dalam pelaksanaan KempenKempen Kesihatan Persekitaran anjuran KPKT bagi tahun 2024.dan Pertandingan Pengiktirafan Medan Selera Bersih di Kawasan PBT Tahun 2024.
Untuk makluman, Majlis Bandaraya Ipoh turut menerima Sijil Pengiktirafan dan Plak PBT Cemerlang Kempen Kesihatan Persekitaran KPKT 2024 yang telah berjaya melaksanakan Kempen Membasmi Infestasi Tikus di Pasar Besar Ipoh sepanjang bulan Mei sehingga Julai 2024.
Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (SHKPS) 2024 bertemakan “Persekitaran Lestari Pemacu Malaysia MADANI” merupakan acara tahunan KPKT sejak tahun 2012 dengan objektif untuk
mempromosi peranan dan sumbangan KPKT dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam penjagaan kebersihan dan kesihatan persekitaran, khususnya dalam penjagaan aspek pencegahan penyakit
berjangkit dan memelihara kesejahteraan komuniti di kawasan PBT.