21 April 2025 - Sebagai tanda menghargai dan meraikan para delegasi yang menyertai program 3rd City Windows Series, Smart Green Asean Cities.
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Malam Gala yang berlangsung di Hotel AC Marriot Ipoh.
Program makan malam yang bertemakan “Malam Budaya” itu telah menghimpunkan 70 delegasi daripada 10 negara Asean.
Hadir sama pada memeriahkan majlis berkenaan YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Y.Bhg Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, Tuan Muhammad Hidayatullah bin Nasrul, Timbalan Setiausaha Seksyen Dasar Inisiatif Lestari, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Puan Chencho Gyao Dorje Regional Project Origination Representative United Nation Capital Development Fund (UNCDF), dan Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya.
Program yang bermula pada pukul 8.00 itu, diserikan dengan persembahan nyayian dan tarian daripada Kumpulan Gema Warisan Budaya (MBI) serta pemberian cenderamata kepada para delegasi.