17 Oktober 2023 - MBI telah dinobatkan sebagai PBT CEMERLANG dalam Kempen Kesihatan Persekitaran KPKT 2022 sempena Kempen Basmi Hotspot Denggi di Kawasan PBT.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming. Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan dalam Majlis Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat KPKT Tahun 2023 di PICC, Putrajaya tadi.
Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya telah mewakili Datuk Bandar Ipoh menerima anugerah berkenaan.
Ia turut dihadiri oleh Encik Raman a/l Maran, Pengarah Kesihatan MBI.