7 Ogos 2023 – Majlis Bandaraya Ipoh telah menganjurkan Festival Kebudayaan Ipoh 2023 bagi meraikan kehadiran delegasi Malaysia, Indonesia dan Thailand sempena “The 6th IMT-GT Green Cities Mayor Council (GCMC) Meeting” malam tadi.
Ia telah dihadiri Y.Bhg Dato' Haji Rumaizi Baharin @ Md.Daud, Datuk Bandar Ipoh, Pol.Lt.Gen.Sakorn Thongmunee, Datuk Bandar Hatyai, Mr. Songchai Watcharadamrong, Datuk Bandar Perbandaran Thungsong, Thailand, Y.Bhg. Dato Masri bin Razali, Datuk Bandar Seremban, Mr. Dedi Damhudi, Ketua Bahagian Kerjasama, Kota Pekan Baru, Indonesia dan Tuan Ahmad Munir Ishak, Setiausaha Bandaraya.
Ia menampilkan persembahan kebudayaan pelbagai bangsa iaitu Melayu, India dan Cina dari Selangkah Dance Group, Anggini Dancers Teluk Intan Perak dan Ipoh Wushu Lion & Dragon Dance Quan Ji Association.