27 Disember 2024 - Majlis Bandaraya Ipoh telah dipilih menjadi Tuan Rumah bagi Program Sentuhan Kejayaan (SKj) KPKT 2024 pagi tadi.
Program ini merupakan penutup bagi siri jelajah SKj KPKT 2024 yang dihadiri oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang turut dihadiri oleh YB Tuan Loh Sze Yee; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan & Pembangunan Koridor, Y. Bhg. Datuk Saidatu Akhma binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha KPKT (Kemampanan dan Perancangan Strategik), Y.Bhg. Dato Mohd Fádzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan, Y.Bhg. Dato’ Haji Rumaizi bin Baharin @ Md. Daud, Datuk Bandar Ipoh Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN), barisan pengurusan tertinggi KPKT, Ahli Majlis MBI dan Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.
Melalui program ini, YB Menteri KPKT telah merasmikan Medan Niaga Pokok Ceri, Ipoh yang merupakan salah satu Projek Gerai Madani, serta melaksanakan lawatan ke 55 unit Mykiosk@Meru, Ipoh.
Program ini menjadi platform YB Menteri berinteraksi dengan masyarakat, khususnya penerima manfaat program-program KPKT seperti baik pulih medan selera, MyKiosk@KPKT dan sebagainya.
YB Menteri KPKT juga turut mengumumkan jumlah pelaksanaan projek pembangunan KPKT yang berjaya sepanjang tahun 2024 iaitu sebanyak 6,611 projek di seluruh negara.
Majlis Bandaraya Ipoh berharap penganjuran Program Sentuhan Kejayaan (SKj) KPKT 2024 ini bukan sahaja menjadi penutup yang bermakna bagi siri jelajah ini, tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat setempat, khususnya di Bandaraya Ipoh dan kawasan sekitar.
Program ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam merealisasikan agenda pembangunan inklusif serta meningkatkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.