Aktiviti & Berita

MBI V1 JUARA IPOH CITY VETERAN 9A-SIDE FOOTBALL CARNIVAL 2024

25 Mei 2024 - Dua wakil Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membuktikan keunggulan dengan bertembung sesama sendiri yang menyaksikan MBI V1 berjaya menumpaskan MBI V2 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan akhir Ipoh City Veteran 9A-Side Football Carnival 2024 di Stadium Perak petang tadi.

Kedua-dua pasukan yang masing-masing berjaya menyingkirkan Unity Veteran FC dan AMJ FC dalam peringkat separuh akhir terpaksa bermain sehingga ke penentuan sepakan penalti yang akhirnya dimenangi oleh MBI V1 dengan keputusan 4-3.

"Saya mahu mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan MBI yang bermain bertungkus lumus dalam kejohanan ini bagi memastikan kejayaan menjadi milik MBI " kata Pengurus Pasukan MBI, Awal Hadi bin Roslan.

Saya berpuas hati dengan komitmen yang ditampilkan oleh semua pemain sama ada MBI V1 mahu pun MBI V2.

Pencapaian melangkah dan memenangi perlawanan akhir merupakan kemenangan manis buat MBI V1 yang berjaya menjuarai kejohanan yang diadakan sejak kali terakhir diadakan pada 2012.

Penentuan tempat ketiga dan keempat juga berakhir dengan keputusan penalti yang berakhir dengan kemenangan kepada pasukan Unity Veteran FC yang menumpaskan AMJ FC dengan keputusan 4-2.

Upacara penyampaian hadiah dan piala kejohanan telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan (Kewangan) Majlis Bandaraya Ipoh, Puan Hajah Saidatul Akma binti Jamaluddin yang diiringi oleh Yang Dipertua Kelab Sukan MBI, En. Radin Amir Afifi bin Ahmad Aruani dan Pengarah Kejohanan, En. Romzi bin Zamri.

442508181 834009858751536 712351301083354757 N
444479989 834009602084895 209921007884230519 N
444492822 834009482084907 6424627076126619914 N
444500760 834009508751571 2639176416389597016 N
444763911 834009468751575 4263027070132702002 N
444764183 834009412084914 9149390872261198988 N
444788766 834009792084876 7676996222980430256 N
444943137 834009698751552 6570004303475744305 N
444952307 834009388751583 42976508562076063 N
444973083 834009825418206 9001630378001165202 N
445026650 834009882084867 3137544662948953873 N
445034321 834009632084892 4988706331548211884 N
445034855 834009958751526 8564646432786883191 N
445046031 834009915418197 1934617267838088763 N
445046937 834009568751565 4713240226125751795 N
445209118 834009542084901 3044569859121937050 N
445351284 834009455418243 27487827310862487 N
445369565 834009722084883 2930427585441449362 N
445413552 834009742084881 5742886080894179004 N
445474656 834009665418222 3860827972872210542 N
445562338 834009432084912 3246306568969912843 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7025082