24 November 2024 - YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan Program CSR Penanaman Pokok dan Tandatangan Plak anjuran Syarikat Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd dan MBI di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz pagi tadi.
Ia akan turut dihadiri oleh YB Jenny Choy Tsi Jen, ADUN Canning merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan Encik Kwan Boon Dat, Pengarah Eksekutif Syarikat Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd.
Sejumlah 1500 pokok teduhan telah disumbangkan oleh Syarikat Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd dalam Program Tanggungjawab Sosial (CSR) ini.
Dalam ucapannya, YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan menyeru lebih banyak syarikat swasta agar mencontohi Syarikat Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd dalam menjalankan program CSR demi kesejahteraan Bandaraya Ipoh.
Program ini merupakan kesinambungan bagi tahun kedua yang mana Syarikat Steel Wire Sdn Bhd juga telah melaksanakan sumbangan dan penanaman pokok di Hala Perusahaan Menglembu 13 pada tahun 2023 melibatkan hampir 200 pokok teduhan.