20-22 Februari 2025-Program Mencinta - Raya Mood anjuran Perpustakaan Tun Razak (PTR) selama 3 hari telah berlangsung dengan amat meriah.
Pengunjung yang hadir dari masyarakat berbilang kaum terdiri daripada ibubapa, pelajar, warga Ipoh serta anggota Majlis Bandaraya Ipoh.
Program ini dijayakan bersempena sambutan bulan Ramadhan tidak lama lagi dan seterusnya bersesuaian dengan sambutan Hari Raya pada bulan April nanti.
Antara aktiviti yang diadakan adalah ceramah kesihatan, ceramah agama , demonstrasi tatahias (kecantikan), tutorial ikat sampi dan ikat tudung. Pertandingan mewarna, mencipta sampul raya, pertandingan busana raya dan menghias kek raya pula diadakan pada hari terakhir program, 22 Februari 2025. Terdapat juga jualan makanan, pakaian dan mini fun fair di sepanjang 3 hari program ini berlangsung.
Penganjuran program yang meriah ini telah berjaya menarik ramai pengunjung di samping dapat menambahkan keahlian Perpustakaan Tun Razak.