Aktiviti & Berita

MOU PELANCONGAN MESRA MUSLIM

22 November 2023-Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengadakan Jamuan Makan Malam sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Pelancongan Mesra Muslim di Hotel M Roof malam tadi.

Sebanyak 3 MOU telah ditandatangani iaitu MOU Pelancongan Muslim melibatkan MBI, Hatyai Municipality, Thailand, DPR Acheh, Indonesia, Majllis Bandaraya Alor Setar, (MBAS) Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Majlis Daerah Kampar (MDK), Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG), MOU MBI bersama Islamic Tourism Centre (ITC) dan MOU MBI bersama Malaysia Gazette yang disaksikan oleh YB Puan Sandrea Ng, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Perak.

MOU Pelancongan Islam telah ditandatangani oleh Y.Bhg.Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh mewakili MBI, Assoc Prof Dr. Wichai Kanchanasuwan, Timbalan Datuk Bandar Hatyai mewakili Hatyai Municipality, Encik Khairil Syahrial, Ketua Komisi II DPR Aceh, Indonesia mewakili Bandar Acheh Indonesia, Y.Bhg. Dato' Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar mewakili MBAS, Encik Norazlan bin Yahaya, Yang DiPertua MPK mewakili MPK, Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua MPKK mewakili MPKK, Tuan Ahmad Suqairy bin Alias, Yang Dipertua MDK mewakili MDK dan Encik Mohamad Razif bin Ramli, Yang Dipertua MDBG mewakili MDBG.

MOU MBI dan ITC telah ditandatangani oleh Y.Bhg.Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh mewakili MBI manakala Encik Nizran bin Noordin, Ketua Pengarah ITC mewakili ITC.
MOU MBI dan Malaysia Gazette telah ditandatangani oleh Y.Bhg.Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh mewakili MBI manakala Puan Noraini binti Abd Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette pula mewakili Malaysia Gazette.

Ia turut dihadiri oleh Tuan Firdaus Dahlan, Pengarah, Centre for Indonesia-Malaysia-Thailand (CIMT), Dato' M.Nasir, Pengerusi MACP, Y.Bhg. Dato' Mazlan bin Abd Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli-Ahli Majlis, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya dan Ketua Jabatan MBI.

MOU tersebut bertujuan untuk mempromosikan Pelancongan Mesra Muslim, Tahun Melawat Perak, Kedah, Perlis dan Hatyai serta menjayakan salah satu objektif IMT GT.

Ia telah diserikan dengan persembahan Gema Warisan Budaya MBI dan Dato' M.Nasir, penyanyi tersohor tanahair.

Semoga Majlis Menandatangani MOU ini akan membantu merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera.

402143988 722851159867407 7265624231895688784 N
402884513 722850846534105 8934484546895823542 N
403634245 722851076534082 6920610830029076106 N
404925792 722851016534088 312270069744481965 N
404932467 722850939867429 7784853837799957318 N
404944343 722851239867399 4526927592987278072 N
404970900 722850736534116 1647528186698045425 N
404983310 722850973200759 6818686056192952390 N
404997599 722851126534077 910002260928551845 N
405034496 722850889867434 1961044798700637527 N
405194155 722850806534109 681011782619718490 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 06/06/2025.
  • Jumlah Pelawat 5723133