Aktiviti & Berita

MOU PUSAT KITAR SEMULA PANDU LALU ADTREC ANTARA MBI & SYARIKAT MAJU PERAK UTILITIES

29 Ogos 2024-Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) Pusat Kitar Semula Pandu Lalu ADTREC Antara MBI dan Syarikat Maju Perak Utilities telah ditandatangani oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh mewakili MBI manakala Puan Nor Nabila Shahira Binti Md Zaini, Pengarah Syarikat Maju Perak Utilities mewakili Syarikat Maju Perak Utilities yang disaksikan oleh Y.Bhg. Dato’ Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI tengahari tadi.

Ia turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Operasi Syarikat Maju Perak Utilities, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Pada bulan Mei 2023, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menyasarkan untuk mewujudkan 100 Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) di seluruh negara. - Sehingga kini, sebanyak 104 DTRC telah berjaya diwujudkan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, 74 unit di negeri-negeri menerima pakai Akta 672, manakala 30 unit negeri-negeri belum menerima pakai Akta 672. - Hasil kerjasama MBI & syarikat Majuperak Utilties Management (M) Sdn Bhd (MUMSB), Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ADTReC) Trash4Cash yang pertama telah dilancarkan pada 19 Mac 2023 di Padang Lintau Manjoi dan kedua telah mula beroperasi sejak April 2024 di Dewan Orang Ramai Taman Meru.

Melalui program 3R Trash4cash ini (Januari 2023 hingga Julai 2024), jumlah kutipan bahan kitar semula pintu-ke-pintu adalah sebanyak 94,979.09 Kg dengan jumlah penyertaan seramai 2,401 orang penduduk. Jumlah kutipan bahan kitar semula di ADTReC pula adalah sebanyak 8,570.75 Kg dengan jumlah penyertaan seramai 1393 orang penduduk.

Implikasi daripada aktiviti kitar semula Trash4cash ini, jumlah anggaran pengurangan Gas Rumah Hijau (GHG) adalah sebanyak 283,973.16 KgCo2. - Antara objektif utama pelaksanaan program kitar semula Trash4cash ini adalah untuk memaksimakan penglibatan Masyarakat, Industri, Komersial dan Institusi (ICI) di dalam aktiviti kitar semula. MBI juga menyarankan syarikat korporat yang lain untuk mengambil bahagian untuk bersama-sama menjayakan program kelestarian alam sekitar ini dengan membina lebih banyak lagi Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik ini di sekitar kawasan MBI.

Dengan pelaksanaan dan penambahan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ADTReC) ini, diharapkan pengurusan sisa pepejal akan lebih kukuh demi mempercepatkan transformasi dari ekonomi linear ke ekonomi kitaran seperti hala tuju yang telah ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di dalam Bab 8.

Semoga segala usaha kita untuk menjadikan MBI “Smart and Green City” pada tahun 2030 akan tercapai dan agenda transformasi minda masyarakat ke arah membudayakan amalan kitar semula akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

IMG 20240829 WA0044
IMG 20240829 WA0045
IMG 20240829 WA0046
IMG 20240829 WA0047
IMG 20240829 WA0048
IMG 20240829 WA0049
IMG 20240829 WA0050
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7023911