Aktiviti & Berita

OPERASI MEROBOH STRUKTUR BINAAN TANPA KELULUSAN DI KAWASAN MAJLIS BANDARAYA IPOH TANAH RIZAB MAJLIS

28 Februari 2024 - Majlis Bandaraya Ipoh telah melaksanakan Operasi meroboh Struktur Binaan Tanpa Kelulusan di Pangsapuri Panorama Lapangan Perdana, Persiaran Lapangan Perdana 3, Panorama Perdana, Ipoh.

Aduan diterima adalah berkenaan kes struktur binaan tanpa kelulusan yang dijadikan gerai makan dan Bangunan Persatuan Penduduk. Kes ini adalah dalam kawasan hakmilik strata, di mana berada di bawah tanggungjawab Pihak Pengurusan Bersama.

Sebanyak dua kali Notis di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) telah dikeluarkan, namun tiada apa-apa maklum balas daripada pihak pemilik.

Kekuatan anggota adalah kira-kira 90 orang dengan penglibatan pelbagai agensi seperti Polis DiRaja Malaysia, Lembaga Air Perak, Tenaga Nasional Berhad, serta Pejabat Tanah dan Daerah.
Operasi berakhir kira-kira pada jam 10.30pagi.

429652996 780395247446331 1013234206019506732 N
429668898 780395224113000 144878138554321059 N
429673566 780395234112999 5016447493187787365 N
429681846 780395127446343 419986652780328795 N
429772851 780395117446344 1695528140988951813 N
429790621 780395114113011 4944915383055891140 N
429808636 780395334112989 8609292069547202516 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7025703