Aktiviti & Berita

OPERASI MEROBOH STRUKTUR BINAAN TANPA KELULUSAN DI KAWASAN MAJLIS BANDARAYA IPOH TANAH RIZAB MAJLIS

05 Mac 2024-Majlis Bandaraya Ipoh telah melaksanakan Operasi meroboh Struktur Binaan Tanpa Kelulusan di Persiaran Taman Meru 18 , Taman Meru 2C, Ipoh dan Persiaran Jelapang Maju 7, Kawasan Perindustrian Ringan Jelapang Maju, Ipoh.

Aduan diterima adalah berkenaan kes struktur binaan tanpa kelulusan iaitu struktur bumbung diatas rizab longkang dan jalan. Manakala satu lagi kes berkaitan struktur Pagar yang menghalang laluan dan dibina diatas rizab jalan.

Sebanyak dua kali Notis di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) telah dikeluarkan dan arahan telah diberikan untuk membuka struktur tersebut, namun tiada tindakan diambil.

Kekuatan anggota adalah kira-kira 90 orang dengan penglibatan pelbagai agensi seperti Polis DiRaja Malaysia, Lembaga Air Perak, Tenaga Nasional Berhad, serta Pejabat Tanah dan Daerah.

Operasi bermula pada pukul 9.00pagi dan berakhir kira-kira pada jam 10.30pagi.

429566757 783838157102040 4477328611363364481 N
429786443 783838143768708 6249641065113891315 N
429861907 783838133768709 5551633566952041510 N
429884307 783838213768701 8233002883974025054 N
429928008 783838163768706 641641337959511815 N
430052023 783838200435369 3132197788579269149 N
431024867 784281683724354 5566200550093946550 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 27/05/2025.
  • Jumlah Pelawat 5700990