Aktiviti & Berita

OPERASI PEMERIKSAAN PREMIS KILANG / GUDANG MAKANAN DI KAWASAN MAJLIS BANDARAYA IPOH

15 Januari 2025 – Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Ipoh telah menjalankan Operasi Pemeriksaan Premis Kilang / Gudang Makanan bagi siri ke 1/2025 di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (Majlis Bandaraya Ipoh) 2017, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 sekitar kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh pagi tadi.

Objektif operasi ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kebersihan persekitaran premis kilang dan gudang makanan bagi menjamin kebersihan dan keselamatan makanan serta mengawasi keselamatan produk makanan yang dijual di pasaran terutamanya pada musim perayaan supaya pengilang lebih prihatin dan peka tentang pematuhan syarat-syarat pelesenan bagi menjamin keselamatan dan kualiti makanan yang dihasilkan.

Modus Operandi operasi ini adalah tertumpu kepada pematuhan syarat-syarat pelesenan dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (Majlis Bandaraya Ipoh) 2017, yang meliputi pemeriksaan Sijil Latihan Pengendali Makanan dan Suntikan Typhoid.

Sebanyak 8 buah premis kilang / gudang makanan telah diperiksa. Daripada pemeriksaan tersebut didapati sebanyak 5 premis telah mematuhi syarat-syarat pelesenan Majlis, sebanyak 2 surat amaran beserta 3 tawaran kompaun telah dikeluarkan dengan jumlah keseluruhannya bernilai RM 2,250.00.

Antara kesalahan yang dikenalpasti semasa operasi ini dijalankan adalah premis gagal mematuhi kawalan serangga perosak (Pest Control), gagal mengemukakan Sijil Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dan Kad Suntikan Typhoid.

Adalah menjadi harapan Majlis agar masyarakat sentiasa peka khususnya kepada pemilik perniagaan (Pelesen) untuk sentiasa prihatin terhadap kebersihan premis kilang / gudang makanan bagi menjamin kebersihan dan keselamatan produk makanan yang dihasilkan.

IMG 20250115 WA0049
IMG 20250115 WA0050
IMG 20250115 WA0051
IMG 20250115 WA0052
IMG 20250115 WA0053
IMG 20250115 WA0054
IMG 20250115 WA0055
IMG 20250115 WA0056
IMG 20250115 WA0057
IMG 20250115 WA0058
IMG 20250115 WA0059
IMG 20250115 WA0060
IMG 20250115 WA0061
IMG 20250115 WA0062
IMG 20250115 WA0063
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7022430