2 April 2024 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah melancarkan Ipoh International Run 2024 pagi tadi.
Ia turut dihadiri oleh Encik S.Ganesan@ Ghani, Pengarah Ashku Event Glow Management, Y.Bhg. Dato' Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Encik S.Ganesan@ Gani, Pengarah Ashku Event Glow Management, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.
Penganjuran Ipoh International Run (IIR) pada tahun 2024 ini bertepatan dan selaras dengan Tahun Melawat Perak 2024.
Kali terakhir Ipoh International Run ini dianjurkan adalah pada tahun 2017 dimana pada tahun 2018, IIR tidak dapat dilaksanakan bagi memberi laluan kepada penganjuran SUKMA 2018 di Perak. Namun pada tahun-tahun yang berikutnya IIR tidak dapat dilaksanakan disebabkan kekangan wabak Covid yang melanda negara. Tahun 2024 merupakan ‘comeback’ bagi Ipoh International Run.
Penganjuran IIR kali ini akan diadakan di Stadium Indera Mulia pada 28 Julai, 2024.
Penganjuran IIR 2024 akan menyaksikan kolaborasi di antara Majlis Bandaraya Ipoh dan juga Ashku Event Glow Management.
Sebanyak 15 kategori yang akan dipertandingkan yang melibatkan 3 jarak iaitu 21 KM, 10 KM dan 5KM.
Kategori
• Lelaki Antarabangsa (umur 17 & keatas) - 21 km
• Wanita Antarabangsa (umur 17 & keatas) - 21 km
• Lelaki Terbuka (umur 17 & keatas) - 21 km
• Wanita Terbuka (umur 17 & keatas) - 21 km
• Lelaki Veteran (umur 40 & keatas) - 21 km
• Lelaki Terbuka (umur 15 & keatas) - 10 km
• Wanita Terbuka (umur 15 & keatas) - 10 km
• Lelaki Veteran (umur 45 & keatas) - 10km
• Wanita Veteran(umur 40 & keatas) - 10km
• Lelaki Terbuka - Fun Run (umur 4 & keatas) - 5 km
• Wanita Terbuka - Fun Run (umur 4 & keatas) - 5 km
• Murid Sekolah Menengah- Lelaki (umur 13 – 17) - 5km
• Murid Sekolah Menengah- Perempuan (umur 13 – 17) - 5km
• Murid Sekolah Rendah- Lelaki s (umur 7 – 12) - 5km
• Murid Sekolah Rendah- Perempuan (umur 7 – 12) - 5km
IIR 2024 menyasarkan sebanyak 5000 penyertaan dari dalam dan luar negara.
Pendaftaran telah pun dibuka sejak 11 Mac 2024 yang lalu dan setakat tengahari semalam (1/4/2024) jumlah penyertaan terkini adalah sebanyak 1611 dan sebanyak 35 penyertaan luar negara telah diterima melibatkan negara dari China, Singapore, Netherland dan juga Brunei. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web Howei, Raceroster dan juga Checkpoint Spot.
Keseluruhan hadiah wang tunai melibatkan sejumlah RM14,800.00. Selain itu para peserta juga turut menerima baju, medal, E-certificate, minuman air kelapa dan juga goodies berupa produk tempatan.
Selain itu, aktiviti-aktiviti sampingan semasa acara larian bagi menarik minat peserta adalah
• Cabutan bertuah
• Pameran
• Pelbagai jualan
IIR kali ini juga turut melantik dua duta untuk memeriahkan lagi penganjuran IIR 2024 iaitu:
• Samson Vellabouy – Sea Games, Asean Games, Asian Track and Field (Atlet pelari)
• Loo Kum Zee – Olympian 1996 (lompat tinggi)