Aktiviti & Berita

PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN SYARAT-SYARAT LESEN BAZAR RAMADAN DALAM PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA IPOH TAHUN 2024M/1445H

Bermula 1 Ramadan 1445H seramai 100 anggota pemantau terdiri daripada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pembantu Kesihatan Awam, Pembantu Tadbir (Operasi) dan Penguatkuasa Majlis akan menjalankan Pemantauan dan penguatkuasaan syarat-syarat lesen secara berterusan disepanjang bulan Ramadan di semua 22 lokasi Bazar Ramadan bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh. Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan makanan yang sedia dan dipamer untuk jualan adalah bersih, selamat dan berkualiti untuk dimakan. Persampelan makanan secara rawak di lokasi bazar tertentu juga akan dijalankan bagi memastikan makanan dan minuman mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Akta Makanan 1983.

Orang ramai dinasihatkan agar mengamalkan tips keselamatan makanan dan panduan pemilihan pengendali makanan yang baik semasa membeli belah di Bazar Ramadan.

Majlis Bandaraya Ipoh juga menggalakkan kempen penggunaan bungkusan makanan jenis biodegradasi (biodegradable) dan membawa bekas makanan sendiri oleh pengunjung bazar.

WhatsApp Image 2024 03 19 At 100304 1d7ae606
WhatsApp Image 2024 03 19 At 100305 601a184d
WhatsApp Image 2024 03 19 At 100305 28345f65
WhatsApp Image 2024 03 19 At 100305 3a1bc656
WhatsApp Image 2024 03 19 At 162347 B3713e74
WhatsApp Image 2024 03 19 At 162348 66e08ece
WhatsApp Image 2024 03 19 At 162348 E3fc5eed
WhatsApp Image 2024 03 19 At 111917 90441976
WhatsApp Image 2024 03 19 At 162709 01bbaf6e
WhatsApp Image 2024 03 19 At 162726 B0db889d
WhatsApp Image 2024 03 19 At 114123 A502ed85
WhatsApp Image 2024 03 19 At 114122 89c99811
WhatsApp Image 2024 03 19 At 114124 8ba3d95e
WhatsApp Image 2024 03 19 At 114124 46115b82
WhatsApp Image 2024 03 19 At 114123 Eedf807d
WhatsApp Image 2024 03 19 At 162348 70ab47a5
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7025432