Aktiviti & Berita

PENGGUNAAN MESIN HIP (HOT IN PLACE) DI KAWASAN MAJLIS BANDARAYA IPOH

2 November 2023-Y Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh turun padang menyaksikan inisiatif baru menggantikan kaedah sediada bagi kerja-kerja penampalan jalan (Pothole) dengan menggunakan teknologi terkini ‘Hot In-Place’ di Jalan Ghazali Jawi pagi tadi.

Majlis Bandaraya Ipoh telah mengambil satu inisiatif baru untuk menggantikan kaedah sediada bagi kerja-kerja penampalan jalan (Pothole) dengan menggunakan teknologi terkini ‘Hot In-Place’.
Kaedah ini merupakan teknologi terkini menggunakan jentera secara pakej iaitu di dalam kenderaan yang sama meliputi peralatan pemanasan, pengorekan, proses penyediaan bitumen aspalt dan jentera pemadatan.

Uji cuba kaedah ini telah dilaksanakan bagi menambahbaik proses tampalan jalan yang sebelum ini menggunakan kaedah ‘mark and cut’ yang mengambil masa lama untuk dilaksanakan.

Melalui kaedah ini proses pembaikan pothole akan mengambil masa yang singkat dan seterusnya meningkatkan lagi kualiti tampalan berbanding kaedah sediada.

Kaedah ini akan digunakan di jalan-jalan utama di sekitar Kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.

Sebanyak 1,200 meter persegi sebulan telah diperuntukan kepada Puncak Emas Infra selaku syarikat konsesi untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan PBT di bawah selenggaraan MBI.

Kaedah ini telah digunakan bermula pada bulan November 2023 bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya dan secara tidak langsung akan mengurangkan aduan pothole yang kerap berlaku pada musim peralihan monsoon yang mempunyai kadar taburan hujan yang tinggi.

396561720 712331940919329 886165840422552891 N
396693044 712331814252675 4159567719020845759 N
396707017 712332024252654 932035674774893174 N
396718369 712331887586001 7557603407716972337 N
397279153 712331854252671 1250684934390459175 N
398959498 712332074252649 4124889408708584507 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7026566