7 November 2023 - Puan Nadhratun Na'iem binti Mohd Hamin dari Kampung Melayu Sungai Rapat telah menerima sumbangan wang tunai dan makanan menerusi program MBI Prihatin dan Econsave Prihatin.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Musa Dun, Pengarah Kanan-Pentadbiran & Operasi MBI mewakili Datuk Bandar Ipoh merangkap Pengerusi Masjid Jamek, Kampung Melayu Sungai Rapat bersama Encik Shah Effendy bin Rosman, Pengurus Econsave Wilayah Utara.
Ia turut dihadiri.oleh Dr. Abdul Murshid bin Che Cik, Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial, Masjid Jamek, Kampung Melayu Sungai Rapat.
Pihak Masjid Jamek, Kampung Melayu Sungai Rapat juga sentiasa menyalurkan bantuan kepada keluarga tersebut serta penduduk sekitar dari masa ke semasa.
Semoga kerjasama MBI dan Econsave ini akan menjadi pendekatan berkesan dalam membantu keluarga yang memerlukan di Bandaraya Ipoh.