20 Disember 2024 - Encik Norizan bin Razali, Pengurus Pertubuhan Kebajikan Cahaya Kasih Kinta, Perak di Taman Rapat Setia telah menerima sumbangan makanan menerusi program Econsave Prihatin dan MBI Prihatin.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd Syahrizal bin Azmi, Pegawai Perhubungan Awam MBI mewakili Datuk Bandar Ipoh bersama Encik Shah Effendy bin Rosman, Pengurus Econsave Wilayah Utara 3.
Semoga kerjasama MBI dan Econsave ini akan menjadi pendekatan berkesan dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik di Bandaraya Ipoh.