Aktiviti & Berita

PERASMIAN PROGRAM SEJAHTERA WARGA EMAS, KOMUNITI MESRA USIA

17 Disember 2024 - Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak serta Persatuan Profesional dan Rumah-Rumah Jagaan Social Malaysia telah menganjurkan Program Sejahtera Warga Emas, Komuniti Mesra Usia pagi tadi.

Program yang berlangsung di Pusat Transformasi Bandar, (UTC) Perak itu, telah dirasmikan oleh YB Puan Sandrea Ng, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak.

Hadir sama pada program berkenaan Y.Bhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan Tuan Mohamed Akmal Bin Dahalan, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak serta Ahli Majlis, Pegawai dari agensi kerajaan dan swasta.

Program Sejahtera Warga Emas, Komuniti Mesra Usia merupakan program yang julung kali diadakan hasil cetusan idea YB Puan Sandrea Ng selaras dengan matlamat 11 indikator iaitu matlamat pembangunan mampan, yang ingin menjadikan bandar raya dan penempatan manusia sebagai menyeluruh, selamat, berdaya tahan dan mampan.

Penganjuran program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan tempat tinggal bagi warga emas, termasuk mereka yang sihat tubuh badan serta yang memerlukan penjagaan khas.

Program yang berlangsung mengikut sesi pagi dan petang itu menampilkan panel-panel khas yang berpegalaman dan akan memberi ceramah kepada para peserta yang mengambil bahagian.

Semoga dengan adanya program seumpama ini para peserta dapat mengetahui dan memahami keperluan keselamatan yang diperlukan oleh warga emas dalam memastikan kesehteraan hidup mereka lebih terjamin.

470177450 971454321673755 7252869885922839240 N
470193315 971453948340459 8134064244905753817 N
470205556 971454075007113 5975388453243210099 N
470207049 971454238340430 2596366499767614319 N
470237930 971453935007127 3647254744532745497 N
470240327 971454078340446 9014671944898011454 N
470554356 971454215007099 4679004030705822937 N
470574304 971454081673779 6309343178557432949 N
470593600 971453928340461 9220089399680612671 N
470662517 971454201673767 5348317112381340372 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7022878