28 Januari 2024- YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah menghadiri program Sesi Lawatan Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat IPR-Usahawan Tani (IPR-INTAN) NCER di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak petang tadi.
Turut serta dalam sesi lawatan itu YAB Dato' Seri Saarani Mohamad; Menteri Besar Perak, YB Tuan Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Y.Bhg Dato Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.