3 Oktober 2024 - Raja Ashman Shah AHF-MHC Hockey Acedemy bersama Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima kunjungan delegasi dari Pasukan Hoki Macau, China seramai 20 orang pemain.
Perlawanan hoki persahabatan ini telah berlangsung di Stadium Azlan Shah bertemu Pasukan Andersonian Hockey dan Pasukan Andersonian Hockey telah memperoleh kemenangan 5-0. Kelab Hoki Majlis Bandaraya Ipoh juga telah memperoleh kemenangan 4-0 namun perlawanan tersebut hanya berlangsung selama 30 minit akibat hujan lebat.
Delegasi Pasukan Hoki Macau juga telah dibawa melawat ke Tasik Cermin, Ipoh sekaligus dapat mempromosikan tempat pelancongan Bandar Raya Ipoh.