29 April 2023 - Seramai 18 Jabatan termasuk Bahagian dan Unit di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Video Ucapan Raya Aidilfitri 2024.
Program anjuran Unit Komunikasi Strategik MBI itu bertujuan memberi peluang kepada anggota MBI menunjukan idea, bakat dan kreativiti masing-masing dalam penghasilan video pendek.
Pertandingan ini, menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM2000 dan penganjurannya telah ditaja sepenuhnya oleh Chang Jiang International Sdn. Bhd.
Dalam pertandingan ini, hadiah akan diberikan kepada enam jabatan atau unit yang berjaya menghasilkan video terbaik.
Menerusi pertandingan ini, tempat keenam telah dimenangi oleh Jabatan Kerja dan Bangunan, manakala di tempat kelima, jatuh kepada Jabatan Perancangan Bandar dan di keempat menjadi milik Jabatan Khidmat Pengurusan MBI, kesemua mereka masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM100.
Sementara itu, bagi tempat ketiga pula yang menawarkan hadiah berjumlah RM500 telah dimenangi Jabatan Kawalan Pembangunan MBI, ditempat kedua disandang oleh Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Bandaraya sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM700.
Manakala johan bagi Pertandingan Video Ucapan Raya Aidilfitri 2024 telah dimenangi oleh Jabatan Kejuruteraan Infa MBI dan layak membawa pulang wang tunai berjumlah RM1000.
Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.
Penganjuran ini diharap akan dapat memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya Aidil Fitri.