24 September 2024 - Y.Bhg Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah hadir bersama YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak Darul Ridzuan ke Program “2024 Guangxi International Sister Promotion Conference“ sempena China-Asean Expo (CAEXPO) hari ini.
Ucaptama telah disampaikan oleh YB Sandrea mewakili Kerajaan Negeri Perak dalam persidangan ini yang menjadi platform bagi mempromosikan bandar-bandar persahabatan dan berkembar. Pada masa yang sama, persidangan ini juga dapat membantu mempromosikan produk-produk negara masing-masing.
Antara negara lain yang turut terlibat ialah China, Mexico, Jepun, Afrika Selatan, Vietnam, Indonesia, Perancis dan Thailand.
Semoga persidangan ini dapat memberi membuka banyak peluang pelaburan baharu kepada Negeri Perak serta menjadikan Negeri Perak sebagai salah satu destinasi wajib kepada sektor pelaburan dan pelancongan pada masa akan datang.