PROGRAM BUAL BICARA INTEGRITI "SCAMMER : HARAPAN BERTUKAR KEHAMPAAN"
21 Ogos 2024 - Tuan Abdul Halim bin Saad, Pengarah Kanan-Pentadbiran & Operasi MBI telah merasmikan Program Bual Bicara Integriti "Scammer : Harapan Bertukar Kehampaan" pagi tadi.
Program anjuran Unit Integriti MBI tersebut telah dikendalikan oleh Tuan Rahmat Fitri bin Abdullah, Duta Anti Scam selaku penceramah.
Semoga program berkenaan memberi pendedahan dan penerangan serta meningkatkan kesedaran bagi mencegah anggota MBI daripada menjadi mangsa scammer.