1 Oktober 2023 -Clr. Dato' Azizul Kama bin Abd Aziz, Ahli Majlis MBI telah merasmikan Program Gotong-Royong Kendiri Basni Denggi anjuran Ahli Majlis MBI, Persatuan Penduduk Grand Retreats Bandar Baru Sri Klebang bersama Majlis Bandaraya Ipoh pagi tadi.
Ia turut dihadiri oleh Kapten Manimaran, Pengerusi Penduduk Grand Retreats Bandar Baru Sri Klebang dan Encik M. Raman A/L Maran, Pengarah Kesihatan MBI.
Seramai 112 anggota MBI dari pelbagai jabatan dan penduduk kawasan tersebut telah menyertai program tersebut.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pembersihan kawasan oleh penduduk setempat di dalam dan di luar halaman rumah, mengumpul sampah tin/plastik yang boleh takung air / sampah kebun di hadapan rumah untuk dikutip oleh pihak MBI pada hari Gotong- Royong, pembersihan sampah oleh penduduk di sekitar kawasan rumah kediaman, pembersihan sampah / sampah kebun, cari dan Musnah Tempat Pembiakan, pembuangan bekas - bekas potensi untuk takung air di lokasi rumah terbiar dan tanah terbiar, mengenal pasti lot kosong , kebun haram dan rumah terbiar yang masih belum dibersihkan untuk tindakan pembersihan susulan setelah Tamat tempoh NOTIS dan menjalankan penilaian risiko serta mengenal pasti Lokasi longkang / Parit / longkang Monsun untuk PEMBERSIHAN susulan oleh pihak kontraktor.
Semoga program ini akan membantu merealisasikan hasrat MBI untuk mejadikan Ipoh sebagai Bandaraya Bestari Sejahtera.