Aktiviti & Berita

PROGRAM IPOH LOW CARBON DAY (ILCD) KALI KE 71 EDISI BULAN JUN 2024 DENGAN TEMA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA (INTERNATIONAL CHILDREN’S DAY)

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • PROGRAM IPOH LOW CARBON DAY (ILCD) KALI KE 71 EDISI BULAN JUN 2024 DENGAN TEMA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA (INTERNATIONAL CHILDREN’S DAY)
23 Jun 2024 - Program Ipoh Low Carbon Day (ILCD) kali ke 71 edisi bulan Jun 2024, menjadikan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia (International Children’s Day) sebagai tema penganjuran.

Perlaksanaan acara bulanan kali ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur.

Penganjuran ILCD Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kali ke 71 ini lebih meriah dengan mendapat kerjasama daripada Sekolah Kebangsaan SK Cator Avenue apabila pelbagai aktiviti dianjurkan bagi mengisi aturcara program.

Antara program yang dianjurkan adalah Pertandingan Merentas Desa sejauh 5 Kilometer (KM) dengan penglibatan peserta seramai 700 orang, berumur 5 tahun keatas, Penganjuran Pertandingan Mewarna terbuka kepada semua dari umur 6 tahun hingga 9 tahun dan cabutan bertuah.

Terdahulu, bagi acara Pelepasan Pertandingan Merentas Desa dan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak ini telah disempurnakan oleh Puan Saidatul Akma binti Jamaludin, Pengarah Kanan Kewangan yang mewakli Datuk Bandar Ipoh.

Hadir sama pada program berkenaan TPr.Hj Mohd.Zainal Bin Abdul Hamid, Pengarah Perancang Bandar, Tuan Haji Azman Bin Tahir Guru Besar SK Cator Avenue dan En.Abdul Salim Putera bin Ahmad Shibi, YDP PIBG SK Cator Avenue.

Penganjuran Program kali ke-71 ini turut menampilkan kelainan apabila sebanyak tujuh buah khemah yang dibuka telah mempamerkan kucing-kucing comel menerusi penganjuran program Oyen And The Geng.

Selain pameran kucing pengunjung juga boleh mengambil kucing untuk dipelihara dan boleh membawa kucing-kucing jagaan mereka untuk penicure manicure.

Disamping itu juga pengunjung turut berpeluang membeli atau mendapatkan khidmat nasihat tentang penjagaan kucing dari khemah-khemah yang disediakan.

Seperti penganjuran ILCD sebelum ini, penglibatan agansi kerajaan dan swasta juga turut mendapat sokongan yang amat menggalakkan, ia apabila pelbagai pameran turut diadakan.

Antara agensi yang terlibat National Stroke Association of Malaysia (NASAM) yang memberi nasihat dan menyediakan program pemulihan kepada mangsa stroke, MIZU Paints Industries yang memperkenalkan jenis cat mesra alam, Akademik Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Good Shepherd Service dan My Meta World.

Program pada bulan ini telah dihadiri lebih 2500 orang dan acara ini tamat pada jam 10.00 pagi.

Penganjuran ILCD pada masa akan datang diharap akan mendapat penyertaan yang lebih menggalakkan.


448909961 850240417128480 59156172611995488 N
448910789 850241250461730 814303763621452916 N
448910973 850241100461745 1920094863309087516 N
448911124 850240743795114 1811568511190489730 N
448911242 850240363795152 1787229573302548007 N
448911995 850241013795087 8819836443617970976 N
448912612 850240620461793 1097139943295516619 N
448971675 850241333795055 1556089319044015353 N
448971676 850240913795097 7248233142880994176 N
448972231 850241347128387 8826777511830136258 N
448972236 850240497128472 2424484895954635743 N
448972236 850240857128436 4090235295239589768 N
448973353 850240580461797 2422985642132580246 N
448975550 850240813795107 8331178945784296175 N
448976937 850240607128461 5502647958157407683 N
448986739 850240360461819 7764644946011007007 N
448987716 850241247128397 7587614043868527370 N
448989727 850240997128422 2829993930568958625 N
448989888 850240400461815 4348176072614440571 N
448989977 850240703795118 8099626228267348717 N
448990623 850240830461772 4518467295732317961 N
448990874 850241030461752 429053070303329169 N
448991132 850240550461800 2262895179085342740 N
448991249 850241150461740 5023219742537373444 N
448991705 850240793795109 7397892317373947365 N
448991721 850240823795106 7042334512226202761 N
449050299 850241313795057 6628932309313427666 N
449051372 850240957128426 5349999264445813364 N
449051679 850240423795146 1447089207546312500 N
449053596 850241203795068 1025698530354835645 N
449054114 850240377128484 3382877981106808588 N
449054924 850241423795046 5188999429613503967 N
449059272 850240573795131 4226355313293039039 N
449059427 850241127128409 5768863961671654299 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7024810