23 Februari 2025 - Program Ipoh Low Carbon Day (ILCD) Siri ke-77 membuka tirainya bagi tahun 2025 yang merupakan tahun ke-10 ianya dilaksanakan bagi menceriakan wargakota Ipoh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dengan idea-idea yang berbeza.
Persembahan yang menarik penuh keceriaanbdi sepanjang perlaksanaan bermula dari Jalan Raja Dihilir sehingga ke lokasi yang baru di Persiaran Bandaraya Greentown.
Program ini telah berjaya menyatukan seluruh wargakota Ipoh yang berbilang kaum dan agama. Selain daripada untuk mencapai objektif kearah sebuah Bandar Rendah Karbon, penganjuran program Ipoh Low carbon Day ini juga bertujuan untuk meningkatkan Indeks Kebahagian di kalangan wargakota dengan memupuk kesedaran mengenai alam sekitar, kesihatan, keselamatan, sejarah dan warisan Ipoh.
Bertemakan Hari Berfikir Sedunia (World Thinking Day). Sambutan Hari Berfikir Sedunia atau 'World Thinking Day'yang disambut pada setiap tanggal 22 Februari setiap tahun. Permulaan sambutan Hari Berfikir Sedunia bermula sejak tahun 1926. Untuk Hari Pemikiran Sedunia 2025, temanya ialah "Kisah Kita," (Our Story) menggalakkanrefleksi tentang masa lalu, masa kini dan masa depan. Seramai 2000 peserta bersama sokongan daripada 50 peserta reruai pameran telah menjayakan program tersebut.
Dari segi keunikan edisi kali ini, telah diadakan pertandingan Aerobithon 90 minit yang mana pertandingan ini bukan sekadar senamrobik yang biasa diadakan setiap bulan di Dataran Ipoh ini, tetapi juga sebagai aktiviti rekreasi keluarga serta ujian stamina yang mana senamrobik dijalankan selama 90 minit tanpa henti. Ujian stamina ini penting kerana kebanyakan peserta yang hadir terdiri dari golongan yang berumur 40 tahun keatas. Pesertanya pula terdiri daripada wargakota Ipoh dan terdapat juga peserta-peserta dari luar negeri Perak.
Kerajaan Negeri Perak turut meletakkan matlamat untuk menjadikan Negeri Perak sebagai negeri rendah karbon dalam usaha mengekang fenomena perubahan iklim. Kerajaan Negeri Perak yakin hasrat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara sifar pelepasan gas rumah kaca menjelang 2050 mampu direalisasikan. Langkah mitigasi dan adaptasi dapat mengurangkan impak perubahan iklim dan pemanasan global perlu diberi perhatian yang sewajarnya.
Pengalaman dan sokongan yang baik dan menggalakkan dari program yang lalu, peserta khemah dari Green Energy Asia (GEA) kini masih dan terus melancarkan Kempen Kutipan Minyak Masak Terpakai, yang mana setiap jumlah minyak terpakai tersebut diproses untuk ditukarkan kepada biodiesel. Peserta yang hadir boleh membawa minyak terpakai dari rumah dan menukarnya dengan wang tunai.
Program telah dihadiri oleh Y. YBhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, TPr. Haji Mohd.Zainal Bin Abdul Hamid, Pengarah Perancang Bandar MBI dan TPr. Dr. Zulqarnain Bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Ipoh Bandar Ekonomi Donat MBI.