Aktiviti & Berita

PROGRAM IPOH LOW CARBON DAY KALI KE - 68

25 Januari 2024-Program Ipoh Low Carbon Day (ILCD) kali ke-68 diteruskan lagi dengan temanya Sambutan Hari Berfikir Sedunia (World Thinking Day) pagi tadi.
Program kedua kalinya bagi tahun ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat Ipoh dan dari luar Ipoh.

Tema sambutan hari berfikir sedunia @ World Thinking Day pada tahun ini adalah 'Dunia Kita, Masa Depan Kita Yang Berkembang,' (Our World, Our Thriving Future: The Environment and Global Poverty). Sambutan hari 'World Thinking Day' atau Hari Berfikir Sedunia yang disambut pada setiap tanggal 22 Februari setiap tahun disambut sebagai hari yang mana kita berfikir sejenak tentang persahabatan dan pembelaan terhadap semua perkara diseluruh dunia termasuklah meneroka isu global yang penting melalui lensa kemampanan alam sekitar, kesaksamaan jantina, keamanan dan kemiskinan. Permulaan Sambutan Hari Berfikir Sedunia mula disambut sejak tahun 1926.

Program Ipoh Low Carbon Day (ILCD) pada bulan ini dimulai dengan acara Pertandingan Senamrobik iaitu Senam Sihat Bersama Keluargaku Sayang dengan tema pakaian Tradisional Etnik Malaysia. Semua peserta pertandingan disyaratkan supaya hadir bertanding bersama pakaian etnik penduduk di Malaysia.

Acara ini telah dianjurkan oleh Urusetia ILCD dengan kerjasama Kelab Artari MBI dan acara majlis telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar bersama Datin Siti Faeza Binti Mohd.Noor, Isteri Datuk Bandar Ipoh. Acara ini berlangsung selama 1 jam 30 minit tanpa henti. Hadiah-hadiah menarik berupa wang tunai dan hamper disediakan untuk peserta-peserta yang bertuah. Seramai 200 peserta senamrobik telah menyertai acara Senam Bersama Keluargaku Sayang ini.

Program ILCD kali ini juga telah di sertai oleh sejumlah 41 agensi (peserta khemah) yang membuka khemah-khemah pameran barangan produk masing-masing di mana ianya terdiri dari jabatan kerajaan dan bukan kerajaan, angensi-agensi luar, badan-badan NGO dan orang perseorangan.

Kesemua peserta khemah telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik dan memenuhi objektif Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C) disamping mewujudkan komuniti yang mementingkan gaya hidup yg lebih bersih, hijau dan pintar.

Selain itu, banyak aktiviti dan acara menarik telah berlangsung seperti berjogging, berbasikal, berjalan kaki, kasut roda, papan selaju (skateboard), senamrobik, pemeriksaan kesihatan, bas gigi, kempen kesedaran kesihatan, kempen kemanusiaan, kempen 3R, program hari bersama pelanggan, pameran, permainan menguji minda untuk kanak-kanak dan aktiviti banyak lagi.

Program ILCD ini di akhiri dengan sesi melawat khemah peserta dan penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Y.Bhg.Datuk Bandar Ipoh bersama Y.Bhg Datin.

409106088 778742024278320 8925720597369518624 N
428620326 778742224278300 6590980487956872828 N
428620780 778742007611655 4464479743097801078 N
428621471 778742294278293 5848579029286819983 N
428621678 778742120944977 2378420284746288173 N
428622102 778742210944968 5919829504586907342 N
428622214 778741897611666 1066943782426550922 N
428622495 778742090944980 3408678883259136656 N
428622772 778742107611645 7984815366576171118 N
428623860 778741907611665 7710228924573904129 N
428624059 778741894278333 8590281398588932400 N
428624687 778742324278290 8751582672758713747 N
428624950 778742310944958 436076643488005102 N
428625984 778741994278323 6938978554432647128 N
428634514 778742200944969 894863586171033702 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 06/06/2025.
  • Jumlah Pelawat 5724245