3 September 2024- Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@ Md. Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menerima kunjungan delegasi dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang diketuai oleh Encik Muzammer bin Jamaluddin, Pengarah Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Program Jelajah Motosikal berkuasa tinggi pada kali ini menghimpunkan sebanyak 30 buah motosikal berkuasa tinggi dan jelajah tersebut merupakan simbolik sempena Sambutan Hari Penguatkuasaan yang ke-55 yang disambut pada 3 September 2024.
Semoga lawatan berkenaan dapat mengeratkan lagi hubungan antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Bandaraya Ipoh.