Aktiviti & Berita

PROGRAM MEMBUDAYAKAN AMALAN PENGGUNAAN TONG SAMPAH & SESI TOWNHALL PENYELARASAN LALULINTAS & PENAMBAHAN PARKIR DI KAWASAN PERNIAGAAN TAMAN PERTAMA, IPOH

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • PROGRAM MEMBUDAYAKAN AMALAN PENGGUNAAN TONG SAMPAH & SESI TOWNHALL PENYELARASAN LALULINTAS & PENAMBAHAN PARKIR DI KAWASAN PERNIAGAAN TAMAN PERTAMA, IPOH
27 Disember 2023-Majlis Bandaraya Ipoh telah menganjurkan Program Membudayakan Amalan Penggunaan Tong Sampah dan Sesi Townhall Penyelarasan Lalulintas serta Penambahan Parkir Kawasan Perniagaan Taman Pertama pada pagi ini.

Ia telah dirasmikan oleh YB Tuan Cheah Pou Hian, ADUN Kawasan Jelapang. Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Ahli Majlis, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Sejumlah 93 unit (240 liter) dan 29 unit (660 liter) tong sampah bagi rumah kedai manakala 2562 unit (120 liter) tong sampah bagi rumah kediaman akan diserahkan kepada pemilik masing-masing. Untuk makluman, jumlah serahan tong sampah setakat ini adalah sejumkah 84, 547 unit di sekitar Bandaraya Ipoh.

Ia akan membantu Majlis Bandaraya Ipoh mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat yang merupakan matlamat kerajaan yang telah dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh.

Dalam ucapannya, YB Cheah memaklumkan bahawa selepas penyerahan tong sampah ini beliau akan terus memantau dan menggerakkan program ini untuk menjadikan kawasan Taman Pertama ini akan menjadi zon contoh. Sebanyak 4 CCTV juga akan dipasang bagi membendung isu sampah haram di kawasan ini.

Beliau juga berhasrat melalui program ini dapat mewujudkan tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan serta berharap menerusi program ini wargakota Ipoh dapat menjadikan amalan menjaga kebersihan sebagai suatu budaya seawal dari rumah lagi dan seterusnya melahirkan masyarakat yang menghargai dan mengutamakan kebersihan dan keindahan persekitaran.

Semoga program kebersihan seumpama ini akan berterusan dalam usaha mendidik warga Zon 18 agar lebih prihatin terhadap kebersihan serta menjadi contoh dan teladan kepada pihak lain di samping ianya dijadikan amalan budaya wargakota Ipoh.

Pada masa yang sama, suatu sesi townhall juga telah diadakan bagi mendapatkan pandangan penduduk di sini mengenai Penyelarasan Lalulintas serta Penambahan Parkir Kawasan Perniagaan Taman Pertama.

Semoga ia akan memastikan aliran lalulintas di kawasan tersebut berjalan lancar serta memberi keselesaan kepas pengguna lalulintas di kawasan ini.

414568276 743235137829009 6931090925595999821 N
414859784 743235167829006 7956577241210205128 N
415128501 743235074495682 3497360432529188275 N
415128531 743235047829018 5474148335646947906 N
415187178 743235434495646 2430491162913245678 N
415192145 743235414495648 1281560523571331314 N
415193058 743235184495671 6795127330736858237 N
415193880 743235271162329 7769329541447202729 N
415194429 743235514495638 7708684912356823985 N
415198758 743235377828985 473289142605651159 N
415213963 743235341162322 150672817553258860 N
415224289 743235057829017 9210724884482913793 N
415227649 743235231162333 7689177370947058540 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7030077