Aktiviti & Berita

PROGRAM MYSAFE FOOD- MBI

Pada Bazar Ramadan 2024 ini, Majlis Bandaraya Ipoh telah bekerjasama dengan Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia Negeri Perak mengadakan Program ‘MySafe Food’ di 4 buah tapak bazar ramadan sekitar Ipoh. Lokasi dan pengumpulan adalah seperti berikut:
1. Stadium Perak : 18 - 20/03/24
2. Taman Cempaka : 14 - 16/03/24
3. Taman Perpaduan : 23 - 25/03/24
4. Taman Silibin : 27 - 29/03/24

Melalui program ini, lebihan makanan yang tidak terjual oleh peniaga bazar akan dikutip oleh sukarelawan daripada pertubuhan berkenaan dan seterusnya akan dihantar / diagih kepada mereka yang memerlukan. Sebelum dihantar makanan / minuman berkenaan akan diperiksa samada dalam keadaan baik dan selamat untuk dimakan, ditimbang dan dihantar kepada kumpulan sasaran.

Sehingga tarikh 20/03/24 sebanyak 208.10kg makanan dan 322 lagi minuman telah berjaya dikutip daripada 2 lokasi berkenaan dan akan bertambah apabila 2 lokasi lagi mula dikutip. Program ini melibatkan seramai 71 orang sukarelawan daripada Gema Malaysia, pelajar UniKL RCMP, Quest University dan orang awam. Dalam tempoh seminggu program diadakan, seramai 144 orang daripada kalangan penduduk Taman Cempaka, Flat Sri Kepayang, pelajar asrama, gelandangan dan orang awam mendapat manfaat. Makanan berkenaan akan dihantar oleh sukarelawan berkenaan seawal mungkin ke lokasi yang memerlukan / telah dkenal pasti.

Sebagai tambahan, Jabatan Belia & Sukan Negeri Perak juga akan mengadakan program yang sama di Bazar Stadium Perak bermula 21 - 28/03/24 dengan kerjasama sukarelawan Anak Muda Malaysia (SASTRIA).

432453055 792319016253954 4918151722848676643 N
434039065 792318999587289 8938284325986155470 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7025430