Aktiviti & Berita

PROGRAM SUMBANGAN DERMASISWA KEPADA ANAK -ANAK KAKITANGAN MBI & BUKAN MBI (ANAK-ANAK BUKAN ISLAM) B40 YANG MENDAPAT TAWARAN MENYAMBUNG PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA, DIPLOMA DAN ASASI KE UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • PROGRAM SUMBANGAN DERMASISWA KEPADA ANAK -ANAK KAKITANGAN MBI & BUKAN MBI (ANAK-ANAK BUKAN ISLAM) B40 YANG MENDAPAT TAWARAN MENYAMBUNG PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA, DIPLOMA DAN ASASI KE UNIVERSITI AWAM MALAYSIA
29 September 2023 - Majlis Bandaraya Ipoh telah mengadakan Program Sumbangan Dermasiswa Kepada Anak-Anak Kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh & Bukan Kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (Anak-Anak Bukan Islam) B40 Yang Mendapat Tawaran Menyambung Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Asasi Ke Universiti Awam Malaysia petang tadi.

Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyampaikan sumbangan dermasiswa bernilai RM600 kepada 15 orang penerima. Ia turut dihadiri oleh Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Clr. Encik Lawrence a/l Palanisamy, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam MBI, Clr. Encik Chung Cum Cheong, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam MBI , Ahli Majlis, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Sumbangan berkenaan boleh dimanafaat untuk tujuan pembayaran yuran pengajian atau lain-lain perbelanjaan yang berkaitan.

Wang tunai berkenaan akan dikreditkan ke akaun penerima selepas Majlis ini berlangsung mengikut akaun bank yang diberikan kepada urusetia.

Program sumbangan ini adalah salah satu daripada Program MBI Prihatin di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam Majlis Bandaraya Ipoh melalui Sumbangan Tokong yang diurusetiakan oleh Jabatan Perkhidmatan Perbandaran.

Program MBI Prihatin telah dilaksanakan sejak PKP lagi melalui kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, NGO dan pihak swasta dalam usaha membantu warga MBI dan wargakota Ipoh dari pelbagai lapisan masyarakat meringankan beban kehidupan mereka.

Sumbangan ini secara tidak langsung akan membantu mengurangkan beban ibu bapa anak anggota MBI bukan Islam B40 untuk menyambung pelajaran mereka di Institusi Pengajian Tinggi.
Semoga sumbangan dermasiswa ini akan membantu meringankan beban yang ditanggung penerima untuk meneruskan pengajian.

384117629 692703722882151 8177492000068048920 N
384731093 692703712882152 6747791053000938416 N
384735301 692703756215481 992873162633112624 N
384735304 692703739548816 946442881484823858 N
384741459 692704276215429 5625293980619475011 N
384743509 692704039548786 1164121646284860680 N
384746971 692704042882119 829324682543972843 N
384771685 692703849548805 1685405191442933889 N
384771979 692704089548781 4314390100412524676 N
384774560 692703872882136 9098846897725067256 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7027360