Aktiviti & Berita

SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERINGKAT MBI 1445H/2024M

3 April 2024 - Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat MBI 1445H/2024M anjuran Jawatankuasa Kecil Agama Islam MBI dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam MBI (PERKIP) telah diadakan pagi tadi di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Bangunan MBI.

Majlis Sambutan ini diadakan bagi menyemarakkan lagi syiar Islam di Bandaraya Ipoh disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga MBI yang beragama Islam.

Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah hadir bersama Y.Bhg. Clr. Dato' Mazlan bin Abdul Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Clr.Encik Ahmad Fariq Walit bin Ahmad Puad, Ahli Majlis MBI merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Agama Islam MBI, Encik Ahmad Marzuki b. Abdul Aziz, Yang Dipertua PERKIP, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Kanan dan Ketua-Ketua Jabatan MBI.

Sambutan Nuzul Al-Quran yang diadakan sempena bulan Ramadan yang penuh berkat ini akan dapat mengisi pelbagai program bermanfaat kepada warga MBI yang beragama Islam.

Y.Bhg. Ustazah Nazwa Hanim binti Abu Bakar, Ketua Unit Regulatori Al Quran dan Hadith, Kementerian Dalam Negeri, Negeri Perak selaku penceramah jemputan telah menyampaikan ceramah khas bertajuk " Al Quran Kite Sama Ke Idok".

Pada masa yang sama turut diadakan Program Jom Exchange Al Quran (JEQ) dan Pameran di Ruang Legar Tingkat 2 Bangunan MBI.

Semoga umat Islam khususnya warga MBI akan terus menjadikan Al-Quran sebagai sumber hidayah, petunjuk, rahmat serta panduan hidup.

434208271 800846512067871 6778446839667212824 N
434215896 800846488734540 4708901945081873141 N
434293296 800846635401192 8406434012852119710 N
434325833 800846605401195 7873301163533360442 N
434394271 800846408734548 5266265940688321911 N
434403374 800846528734536 2982956444030522381 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7025299