Aktiviti & Berita

SEKTOR PELANCONGAN, KESIHATAN DAN DIGITAL MENJADI AGENDA DATUK BANDAR IPOH UNTUK DIBANGUNKAN BERSAMA BANDARAYA IPOH DAN KOTA MEDAN

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • SEKTOR PELANCONGAN, KESIHATAN DAN DIGITAL MENJADI AGENDA DATUK BANDAR IPOH UNTUK DIBANGUNKAN BERSAMA BANDARAYA IPOH DAN KOTA MEDAN
9 Januari 2025- Tiga bidang iaitu Pelancongan, Kesihatan dan Digital menjadi agenda Datuk Bandar Ipoh yang dibincangkan untuk dibangunkan bersama antara bandar raya Ipoh dan Kota Medan Indonesia.

Perkara itu dinyatakan oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Bahrain, Datuk Bandar Ipoh dalam sesi pertemuan bersama Bapak Bobby Nasution, Wali Kota Medan ketika Lawatan Kerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ke Medan Indonesia.

Menurut Dato' Rumaizi, ketiga-tiga sektor ini dilihat amat penting dan ianya akan memberi impak positif terhadap kemajuan kepada kedua-dua bandar selain menjadi agenda global yang perlu dicontohi.

Jelas beliau lagi, bandar raya Ipoh kini sudah bersedia dan telahpun melaksanakan agenda in serta ingin memperluas dan berkongsi idea bersama Kota Medan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pertemuan bersama Bapak Bobby Nasution, Wali Kota Medan sempena Lawatan Kerja Majlis MBI ke Medan, Indonesia.

Program lawatan selama tiga hari, bermula 8 Januari ini telah diaturkan dengan pelbagai pengisian aktiviti menarik antaranya pertemuan bersama Wali Kota Medan, lawatan ke pusat tumpuan pelancongan Medan seperti Istana Maimun, Masjid Raya Mashun dan Tanjong A Fie di Kota Medan.

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk untuk menyemai jalinan ukwah di atas status bandar persahabatan yang telah terjalin sekian lama.

Untuk maklumkan, hubungan bandar persahabatan antara bandar raya Ipoh dan Kota Medan ini telah diwujudkan sejak Ogos tahun 2009.

473053210 987166146769239 5170807126609949820 N
473121241 987166523435868 6344837689308513437 N
473147358 987166526769201 870669275493107273 N
473218407 987166033435917 556391974030888654 N
473222885 987165900102597 6084237124135579274 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7022506