Aktiviti & Berita

SEMINAR PELAKSANAAN INISIATIF BAHARU PROSES & PROSEDUR KELULUSAN PELAN PEMAJUAN 3.0 PLUS KEPADA PRINCIPLE SUBMITTING PERSON (PSP)/ SUBMITTING PERSON (SP) & PEMAJU ZON TENGAH (SELANGOR & PERAK)

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • SEMINAR PELAKSANAAN INISIATIF BAHARU PROSES & PROSEDUR KELULUSAN PELAN PEMAJUAN 3.0 PLUS KEPADA PRINCIPLE SUBMITTING PERSON (PSP)/ SUBMITTING PERSON (SP) & PEMAJU ZON TENGAH (SELANGOR & PERAK)
4 September 2024- YBhg. Dato’ Hj. Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Seminar Pelaksanaan Inisiatif Baharu Proses dan Prosedur Kelulusan Pelan Pemajuan 3.0 Plus Kepada Principle Submitting Person (PSP)/ Submitting Person (SP) dan Pemaju Zon Tengah (Selangor dan Perak) di Pusat Konvensyen Ipoh pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Ybhg. Clr. Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Tuan Ar. Mohamad Nazli bin Ramli, Pengarah Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan, Jabatan Kerajaan Tempatan, Pengarah-Pengarah Kanan, Ketua-Ketua Jabatan dan Unit MBI, Pegawai-Pegawai dari Jabatan Kerajaan Tempatan dan Unit Pusat Setempat (OSC) MBI serta Principle Submitting Person (PSP)/ Submitting Person (SP) dan Pemaju dari Zon Tengah (Selangor dan Perak).

Seminar ini bertujuan memberi pemahaman dan penjelasan berkenaan dengan penambahbaikan yang telah dibuat oleh Jabatan Kerajaan Tempatan ini demi menyahut seruan kerajaan untuk melancarkan lagi proses dan prosedur kelulusan pelan pemajuan. Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyediakan inisiatif baharu bagi menambah baik penyampaian proses dan prosedur pelan pemajuan. Tiga inisiatif baharu tersebut adalah inisiatif Industrial Green Lane, inisiatif Pre-Requisite dan inisiatif Self-Regulation di mana kesemua inisiatif ini memerlukan komitmen dan persetujuan dari semua pihak yang terlibat iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pemohon, pemaju dan PSP/SP.

Usaha dan cadangan inisiatif baharu ini wajar untuk dilaksanakan di MBI memandangkan setiap penambahbaikan yang dibuat ini pastinya akan memberikan impak yang positif kepada PBT itu sendiri selain dapat menarik pelabur-pelabur untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada di Bandaraya Ipoh dan di Negeri Perak secara amnya.

Dalam mencapai matlamat ease of doing business ini, tanggungjawab untuk meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan bukan hanya terletak di bahu Pihak Berkuasa Tempatan sahaja, tetapi turut melibatkan semua agensi teknikal serta pemain industri seperti PSP/SP dan pemaju yang berkaitan. Oleh itu, semua pihak hendaklah komited dalam melaksanakan peranan masing-masing bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah cekap dan efisien.

Kerjasama penuh serta komitmen dari semua pihak amatlah diharap bagi memastikan inisiatif-inisiatif baharu dari JKT, KPKT ini tercapai dengan jayanya.

IMG 20240904 WA0059
IMG 20240904 WA0061
IMG 20240904 WA0062
IMG 20240904 WA0063
IMG 20240904 WA0064
IMG 20240904 WA0065
IMG 20240904 WA0066
IMG 20240904 WA0067
IMG 20240904 WA0068
IMG 20240904 WA0069
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7023865