28 April 2024 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Datuk Bandar Ipoh telah mengetuai delegasi Bandaraya Ipoh menghadiri Seminar Thailand Creative City Network - TCCN 2024.
Ia turut dihadiri oleh Puan Nur Hanim Dato’ Mohamed Khairuddin, Pengurus Besar PORT.
Seminar ini memberi pendedahan kepada para delegasi berkaitan gerak kerja pihak TCCN dalam merangka pelan tindakan menjadikan setiap daerah dalam negara Thailand mempunyai satu tarikan atau keunikan seterusnya membawa kepada pengiktirafan antarabangsa.
Para delegasi telah disajikan dengan beberapa penyampaian taklimat dan sesi perbincangan daripada pihak berkaitan TCCN 2024 serta persembahan kebudayaan dan muzikal sempena Bandar Suphanburi dinobatkan sebagai Bandar Muzik oleh UNESCO.