26 Julai 2024 - Sempena International Eight Festival (F8) and Forum Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengadakan satu pertemuan bersama Mohammad Ramdhan Pomanto,Wali Kota Makassar Indonesia.
Pertemuan itu diadakan selepas Makassar Investment Forum (MIF) yang menjadi ruang untuk mempromosikan projek-projek strategik bandaraya.
Mewakli MBI pada pertemuan berkenan adalah Clr. En Basri bin Mohamad Nor, Clr. En Azmy bin Mohamed Nazir dan Clr. En Muhammad Hamzah bin Md Hamdan Ahli Majlis MBI.
Antara perkara yang dibincangkan dalam perjumpaan singkat itu adalah berkenaan pelancongan, pentadbiran dan ekonomi setempat.
Sebanyak empat buah negara telah mengambil bahagian pada sesi pertemuan bersama Wali Kota Makassar iaitu, Wakil Duta Besar Uni Emirates Arab Shaima Salem, Wakil Duta Besar Singapore Terrence Teo, Ketua Ekonomi Kedutaan Itali Giovanni, serta Wakil Datuk Bandar Ipoh, Perak.
Diharapkan pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Ipoh, Perak dan Makassar, Indonesia.