4 Oktober 2024 - Seramai 73 pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menyertai Program Walkbout Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (P&P) yang diadakan di Jalan Dato’ Sagor Ipoh pagi tadi.
Program julung kali diadakan itu telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Munir Bin Ishak, Setiausaha Bandaraya.
Ia turut dihadiri oleh Puan Hajah Saidatul Akma binti Jamaludin, Pengarah Kanan-Kewangan dan Tuan A'zman bin Harun, Pengarah Kanan-Teknikal.
Program Walkabout ini telah dilaksanakan secara berjadual mengikut kawasan-kawasan terpilih dengan tujuan untuk meningkatkan pemahaman, sokongan dan konsep pemerkasaan MBI bersama masyarakat dalam memastikan kawasan bandar raya Ipoh ini sentiasa selari dengan slogan “Ipoh Bestari Sejahtera”.
Selain dapat mengekalkan kebersihan bandar raya Ipoh, program seumpama ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan interaksi sosial pegawai-pegawai MBI.
Antara aktiviti yang dijalankan sempena program berkenaan adalah mengecat kerb jalan serta pembersihan jalan dan longkang, memangkas dan menanam pokok bunga hiasan yang baru di kawasan yang sesuai, dan gotong royong menyapu sampah.
Program seperti ini diharapkan dapat diterapkan dan dijadikan dan dijadikan budaya kepada seluruh wargakota.