Aktiviti & Berita

SESI CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN MBI TAHUN 2024

8 Mac 2024-MBI telah mengadakan Sesi Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2024 secara langsung melalui 'Facebook' di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI pagi tadi.

Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh hadir menyempurnakan cabutan 30 pemenang bagi hadiah-hadiah utama. Ketua Whip Ahli Majlis, Ahli Majlis, Ketua Jabatan dan Media telah menyempurnakan cabutan 200 pemenang bagi hadiah saguhati.

Pada pagi ini, sejumlah 230 cabutan bertuah iaitu 200 hadiah saguhati dan 30 hadiah utama telah dicabut. Bagi hadiah utama, cabutan akan dibuat sekali lagi pada tarikh yang akan ditetapkan bagi menentukan hadiah utama yang akan dimenangi.

Ia turut dihadiri oleh Clr. Encik Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Pada tahun ini, pihak Majlis menawarkan 230 hadiah-hadiah yang menarik berupa wang tunai dan pelbagai barangan hebat yang berjumlah keseluruhan RM 99,000 untuk dimenangi. Wargakota yang bertuah berpeluang memenangi hadiah utama iaitu sebuah kereta Produa Axia 1.0 E(MT).

Selain dari itu, MBI juga menawarkan pelbagai hadiah-hadiah menarik berupa 4 buah motosikal, tablet, Apple smart watch, Televison 65 inci, Peti ais 620 Liter, wang tunai dan beberapa barangan elektrik yang menarik.

Bagi pembayar awal Cukai Taksiran Tahun 2024 pula, pihak MBI telah menyediakan rebat bayaran sehingga RM5.00 sebagai tanda penghargaan untuk 20,000 pembayar awal tertakluk pada terma dan syarat. Untuk makluman, kuota rebat bagi 20,000 pembayar awal ini telah habis digunakan pada awal bulan Januari 2024.

Mulai tahun ini, pihak MBI juga telah membuka peluang penyertaan kepada SEMUA saluran pembayaran yang membuat pembayaran Cukai Taksiran Setahun dan tanpa tunggakan iaitu di Kaunter Pembayaran Majlis Bandaraya Ipoh, Kaunter Pejabat Pos, Kaunter PBT Perak serta pembayaran atas talian iaitu pembayaran melalui Portal MBI (d-mbi@ipoh), PBTPay, Jompay dan juga perbankan internet. Bagi pembayaran atas talian dan juga melalui agen kutipan, slip cabutan bertuah akan diproses secara automatik oleh pihak Majlis.
Ini merupakan langkah untuk menggalakkan wargakota membuat pembayaran tanpa perlu hadir ke kaunter tetapi masih boleh menyertai Cabutan Bertuah.

Bagi kutipan bayaran setahun bil cukai taksiran telah merekodkan 129,635 bil dengan catatan jumlah bayaran sebanyak RM 64.43Juta. Ini menunjukkan peningkatan pembayaran jumlah bil cukai taksiran sebanyak 15% berbanding tahun 2023 iaitu 112,277 bil dengan jumlah bayaran RM 51.38 Juta.

Semoga majlis ini akan dapat memberi penghargaan kepada wargakota Ipoh yang telah menjalankan tanggungjawab serta berharap sokongan padu yang berterusan dari wargakota kepada MBI akan membantu merealisasikan hasrat untuk menjadikan Bandaraya Bestari Sejahtera.

429688471 785533596932496 275323819297918544 N
429792838 785533570265832 5960557937426890769 N
429809570 785533610265828 6708511111491796803 N
429825393 785533600265829 2217901446307112833 N
429853167 785533606932495 4329231656130191855 N
430222460 785533586932497 2979800087033940465 N
430277283 785533823599140 8994778144612732884 N
431822789 785533790265810 8170400934091290886 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7025588