Aktiviti & Berita

SESI DIALOG AWAM (TOWNHALL) TIANG LAMPU PINTAR BERINTEGRASI (SMARTPOLE) DI SEKITAR BANDAR RAYA IPOH

18 November 2023-Majlis Bandaraya Ipoh telah menganjurkan Sesi Dialog Awam (Townhall) Tiang Lampu Pintar Berintegrasi (Smartpole) di sekitar Bandar Raya Ipoh di Dewan Panggung Silverstar, Kampung Simee petang tadi.

Ia turut dihadiri oleh YB Puan Jenny Choy Tsi Jen, ADUN Canning merangkap Timbalan Speaker DUN Perak, YB Tuan Howard Lee Chuan How, Ahli Parlimen Ipoh Timur, YB Tuan M. Kulasegaran A/L V. Murugeson, Ahli Palimen Ipoh Barat, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan MBI, pegawai agensi-agensi Kerajaan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Digital Perak Corporation Holdings dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Wakil Syarikat Semcobina Sdn Bhd, Wakil Penduduk Taman Canning dan rakan media.

Tujuan penganjuran Sesi Dialog Awam (Townhall) Tiang Lampu Pintar Berintegrasi (Smartpole) di sekitar Bandar Raya Ipoh ini diadakan adalah bagi memberikan penerangan iaitu :
i. Kepentingan penyediaan rangkaian 5G dalam kehidupan masa kini kearah Ipoh Bandar Raya Pintar 2030 iaitu Smart Digital ;
ii. Sifat - sifat frekuensi radio (RF) dan medan elektromagnetik (EMF) serta kesan biologi disebabkan pendedahan kepada frekuensi radio dan medan elektromagnetik (RF-EMF);
iii. Kesan radiasi kepada kesihatan manusia dan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang radiasi;
iv. Garis panduan dan proses bagi pemasangan tiang lampu pintar berintegrasi (smartpole) yang digunapakai oleh Majlis Bandaraya Ipoh.

MBI telah menjemput panel-panel penceramah daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Agensi Nuklear Malaysia, Pakar Perubatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perak serta Pengarah Jabatan Kejuruteraan Infra Majlis Bandaraya Ipoh bagi memberikan penjelasan dan makluman.

Bagi menyokong saranan Kerajaan, pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah bekerjasama dengan pihak swasta yang mempunyai lesen Network Facilities Provider Individual (NFPi) bagi pemasangan tiang lampu pintar berintegrasi (smartpole) di atas rizab jalan di bawah selenggaraan Majlis. Buat masa ini, terdapat 36 unit tiang lampu smartpole yang telah dipasang di sekitar Bandaraya Ipoh.

Semoga dengan adanya sesi townhall ini dapat menerangkan tentang keperluan rangkaian 5G dan kepentingan The Internet of Things (IoT) pada masa kini serta kesan-kesan radiasi kepada kesihatan manusia dengan lebih jelas.

401832913 720992100053313 4774853667332245884 N
401834169 720992053386651 7381570646882071100 N
401834840 720991903386666 4226868240302046928 N
401834866 720991853386671 2879473512552471250 N
402063724 720992286719961 4965757283964096688 N
402079075 720992480053275 2012199257277928890 N
402103882 720992170053306 2607947445382143691 N
402114391 720991960053327 824016369354641681 N
402119077 720992413386615 2095792639185727542 N
402139089 720991693386687 1311163224708569712 N
402274240 720992020053321 3022139384524487815 N
402636046 720992223386634 8685084113313773270 N
403685680 720991800053343 5682901116469406639 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 27/05/2025.
  • Jumlah Pelawat 5700264