Aktiviti & Berita

SESI PERBINCANGAN ISU PEMBANGUNAN DALAM KAWASAN CHEPOR DALAM DAN SERI KLEBANG TELAH DIADAKAN DI DEWAN KULIAH SURAU AL-HIDAYAH RPT CHEPOR

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • SESI PERBINCANGAN ISU PEMBANGUNAN DALAM KAWASAN CHEPOR DALAM DAN SERI KLEBANG TELAH DIADAKAN DI DEWAN KULIAH SURAU AL-HIDAYAH RPT CHEPOR
24 Mei 2024 - Sesi perbincangan isu pembangunan dalam Kawasan Chepor Dalam dan Seri Klebang telah diadakan di Dewan Kuliah Surau Al-Hidayah RPT Chepor pagi tadi.

Ia telah dihadiri oleh Clr. En. Faidz Bin Ismail, Ahli Majlis MBI,Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Wakil Ahli Parlimen Tambun, Encik Ashraf Ali Bin Anvar Deen, Penghulu Mukim Ulu Kinta (Chemor), Encik Ahmad Shafiq Bin Ahmad Ariffin, Pengerusi JPKK dan Ketua Kampung Kg. Chepor Dalam / Seri Klebang, Encik Ahmad Kamal Bin Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Penilaian, Wakil Jabatan Perancangan Bandar, Kejuruteraan (Infra) dan Penilaian serta penduduk kampung sekitar kawasan Chepor Dalam dan Seri Klebang.

Antara aduan dan permasalahan yang dibincangkan adalah:
a) Menaik taraf jalan-jalan utama penduduk terutamanya pada waktu puncak iaitu waktu ke pejabat, menghantar anak ke sekolah, laluan pintas ke Pusat Bandaraya Ipoh.
b) Permasalahan perparitan yang dihadapi penduduk ketika waktu hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat.
c) Memohon tong sampah
d) Aduan lampu jalan yang melibatkan kawasan pentadbiran MBI dan tanah persendirian
e) Aduan Anjing Liar

Semoga perjumpaan tersebut dapat mengatasi permasalahan serta pembangunan dalam Kawasan Chepor Dalam dan Seri Klebang.

442398329 832410145578174 8662980772036445526 N 1
442495948 832410168911505 4383411682065224560 N 1
442501493 832410102244845 7678188143961079467 N 1
442508422 832410095578179 5276980638140533649 N 1
444484612 832410138911508 1316885258098378882 N 1



mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7025082