Aktiviti & Berita

SESI TOWNHALL BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN PADANG BOLA SEPAK RUMPUT SINTETIK DI SEKITAR BANDAR RAYA IPOH

18 Mac 2024-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Sesi Town Hall bagi Cadangan Pembangunan Padang Bola Sepak Rumput Sintetik di Sekitar Bandaraya Ipoh di Pusat Konvensyen Ipoh pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh YB Jenny Choy Tsi Jen, ADUN Canning merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Y.Bhg. Dato' Mazlan bin Abd Rahman, Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Wakil ADUN dan Parlimen serta wakil agensi kerajaan dan wakil penduduk.

Penganjuran sesi townhall ini bertujuan untuk memberikan penerangan dan makluman mengenai penambahbaikkan dan menaiktaraf padang bola rumput cowgrass yang sedia ada kepada padang bola rumput sintetik.

Padang rumput tiruan atau sintetik mula diperkenalkan di Houston, Texas pada tahun 1966. Tujuannya digunakan adalah untuk menggantikan padang rumput asli di stadium berbumbung pertama di dunia. Masalah yang dihadapi apabila rumput asli tersebut tumbuh dengan tidak sempurna akibat kurang pendedahan kepada cahaya matahari. Jurutera stadium tersebut telah mencari penyelesaian dengan menggunakan “karpet hijau” yang diperbuat daripada nilon dan hingga ke hari ini ia mengalami perubahan sejajar dengan kemajuan teknologi.

Sejak tahun 2013, terdapat beberapa padang bola sepak di Malaysia telah dinaikkan taraf dengan menggunakan rumput tiruan (sintetik). Walaupun kos pemasangannya agak tinggi namun ia dapat menjimatkan untuk jangka masa yang panjang.

Kebanyakan padang bola sepak di Malaysia sekarang menggunakan padang rumput cowgrass yang dibina dengan kos yang tinggi tetapi selepas beberapa bulan, ia tidak kelihatan seperti padang kerana faktor cuaca, penggunaan rumput yang tidak sesuai, kesilapan pembinaan dan tiada peyelenggaraan iaitu perlu kerap dipotong dan disiram.

Amat penting untuk menitikberatkan keaadan padang kerana dapat memudahkan lagi pergerakan bola dan melancarkan lagi taktikal pasukan serta dapat mengurangkan kecederaan serius pemain akibat daripada permukaan padang yang terlalu keras ataupun beralun-alun.

Untuk makluman, pembinaan padang bola sintetik ini turut menyediakan kemudahan fasiliti bertaraf moden yang dilengkapi dengan ruangan penonton, bilik persalinan, tandas dan surau.

Oleh yang demikian, Majlis Bandaraya Ipoh berhasrat untuk mewujudkan padang bola sepak yang diperbuat daripada rumput tiruan jenis yang terbaik di dunia dan menepati kehendak generasi terkini setaraf dengan 26 padang bola sepak sintetik di Malaysia yang menepati kualiti dan diiktiraf oleh organisasi bola sepak dunia, FIFA.

Berteraskan hasrat Visi Sukan Negara 2030, pembinaan padang bola sepak sintetik ini diharap dapat memberi manfaat yang besar kepada wargakota Ipoh.

431898804 789667186519137 3636348397847365459 N
431909311 789660946519761 1122057410240038553 N
431914036 789667159852473 5953140100957577171 N
431924525 789661126519743 9192751570004772408 N
431950962 789668546519001 746846882657708805 N
431960051 789667189852470 527845628836471446 N
431964243 789661096519746 7074108813022312237 N
431968939 789661269853062 4370015758177475044 N
431976250 789660956519760 1678875601922763599 N
432637365 789661256519730 1582485956710024515 N
432647794 789667106519145 4578182842758732557 N
432686392 789660943186428 3455176457956204399 N
432729565 789667086519147 6503028591812608955 N
432743869 789661106519745 4906981993284243685 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7025432