20 Jun 2024 - Encik Mohd Syahrizal bin Azmi Pegawai Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Encik S. Genesan @ Gani Pengarah Ashku Glow Event Management menjadi tetamu dalam sesi wawancara Eklusif di Perakfm pagi tadi.
Sesi wawancara selama 45 minit itu bertujuan mempromosikan program Ipoh International Run (IIR) 2024 yang akan berlangsung pada 28 Julai nanti.
Sejak kali terakhir Program IIR dianjurkan pada 2017, kini IIR kembali diadakan bersempena Tahun Melawat Perak 2024 dan Sambutan Ulangtahun Bandaraya Ipoh Ke 36.
Pihak MBI dan Ashku Glow Event Management berharap program IIR ini akan dapat sokongan serta penyertaan yang memberangsangkan daripada orang ramai.