Aktiviti & Berita

SIDANG AKHBAR PAMERAN PERDAGANGAN

22 Julai 2024 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah mempengerusikan Sidang Akhbar Pameran Perdagangan pagi tadi.

Pameran yang akan berlangsung dari 1 hingga 4 Ogos 2024 ini adalah anjuran Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC) Cawangan Perak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh .

Pameran ini merupakan pameran perdagangan terbesar yang bertaraf antarabangsa pernah diadakan di Bandaraya Ipoh.

Untuk makluman, para usahawan yang mengambil bahagian dalam pameran ini adalah dari negara China dan Thailand serta usahawan tempatan.

Pameran ini merangkumi francais, kecerdasan buatan, ekonomi digital, serta pameran pelbagai barangan pengguna.

Memandangkan negara China semakin berkembang pesat dalam bidang perdagangan, ekonomi dan teknologi pintar maka kita harus mengambil peluang ini untuk memperluaskan aliran perdagangan dan transaksi dengan negara China, meningkatkan kualiti produk serta melatih bakat tempatan.

Sudah tiba masanya, Malaysia perlu bersaing dengan negara-negara maju di dunia.

Oleh itu, tujuan utama penganjuran pameran ini adalah untuk menarik usahawan dan kumpulan perniagaan dari negara China untuk mengambil bahagian, melabur dan mendirikan perniagaan di negara kita. Ia selaras dengan Rancangan Rumah Kedua (MM2H) yang bertujuan untuk menarik pelabur asing bagi merancakkan ekonomi tempatan.

Tambahan pula, dengan era ekonomi digital telah mengubah landkap global. Dengan teknologi digital sebagai terasnya, aktiviti ekonomi kini telah menjadi digital, mempunyai rangkaian serta pintar (smart) melalui internet, data besar, pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan.

Model ekonomi baharu ini telah mengubah gaya hidup dan kaedah pengeluaran kita.yang memberi impak yang mendalam terhadap perkembangan ekonomi dan sosial global.

Pusat data sedang ditubuhkan di seluruh dunia, dan negara kita juga kini sedang giat memperkenalkan sektor teknologi ini dan bercita-cita untuk menjadi hab utama pusat data pada masa hadapan.

Ia sejajar dengan dasar dan inisiatif progresif kerajaan MADANI yang bekerja ke arah masa depan yang menjanjikan untuk Malaysia.

452138686 867872618698593 6126894849760741156 N
452163398 867872715365250 6273879218265769513 N
452258473 867872702031918 5649017201986782906 N
452283125 867872605365261 8464831970676560956 N
452316300 867872635365258 2341813307933619606 N
452516861 867872732031915 1011625460692126515 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7024660