20 Januari 2025 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh menyampaikan sumbangan khas MBI Prihatin sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2025 kepada 17 anggota MBI di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI tengahari tadi.
Ia turut dihadiri oleh Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.
Semoga sumbangan ini akan membantu meringankan beban penerima di samping menceriakan lagi Sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.