11 November 2023-Syabas dan tahniah Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh kerana telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terbaik Kategori Bandaraya sempena Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 (AKM 2023) malam tadi.
Hadiah telah disampaikan oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II mewakili Perdana Menteri Malaysia.
Ia turut dihadiri oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.
Anugerah Kepimpinan PBT Terbaik merupakan pengiktirafan buat Datuk Bandar, YDP, Presiden, Pengerusi, Setiausaha dan Pegawai Eksekutif yang menerajui PBT kearah menjadikan organisasi yang berintegriti, cemerlang dan responsif serta menjadi teladan yang baik kepada kakitangan dan rakan sejawat.
Pada malam anugerah tersebut, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah berjaya dicalonkan menerusi dua anugerah iaitu Anugerah Kepimpinan Pihak PBT Terbaik Kategori Bandaraya dan Anugerah PBT Cemerlang.
Sebanyak 12 kategori AKM 2023 dipertandingkan merangkumi lapan (8) anugerah bagi kategori individu dan empat anugerah bagi kategori berpasukan.
Penerima anugerah diberikan penghargaan dan ganjaran dalam bentuk hadiah wang tunai bernilai sehingga RM20,000 (tertakluk kepada kategori), sijil penghargaan, trofi dan kursus jangka pendek di universiti ternama di luar negara bagi kategori
terpilih.
Semoga anugerah tersebut akan meletakkan MBI dan Bandaraya Ipoh antara PBT dan Bandaraya Terbaik di Malaysia yang seterusnya akan menjadi pemangkin kepada kejayaan lebih besar di rantau Asia.