24 Januari 2025 - Syabas & Tahniah kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan TM One yang telah dinobatkan sebagai pemenang MIP Planning Excellence Award 2024 bagi Kategori Sistem Pintar Pengurusan Bandar.
Ini adalah pengiktirafan terhadap usaha bersama MBI dan TM One dalam membangunkan sistem Smart Traffic yang inovatif, berperanan penting untuk menjadikan Ipoh lebih pintar, teratur, dan efisien.
Projek ini diiktiraf atas usaha kolaboratif dalam membangunkan sistem trafik pintar yang memudahkan pergerakan bandar.
Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Y. Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menerima anugerah berkenaan.
Semoga anugerah ini akan menjadi pemangkin ke arah menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya Bestari Sejahtera.