16 Julai 2023-Syabas dan tahniah kepada pasukan tenpin bowling MBI 'A' yang telah muncul sebagai juara keseluruhan dalam Kejohanan "Ipoh-Moh Kite Boling" Piala Datuk Bandar Ipoh Tahun 2023 sempena Sambutan Hari Bandaraya Ipoh ke-35.
56 pasukan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia dan agensi kerajaan di sekitar Bandaraya Ipoh telah bertanding dalam kejohanan yang berlangsung selama 2 hari di Ampang Superbowl, Ipoh Parade ini.
Tuan Haji Musa Dun, Pengarah Kanan-Perkhidmatan & Operasi telah mewakili Datuk Bandar menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Semoga kejohanan ini akan memeriahkan lagi Sambutan Hari Bandaraya Ipoh ke-35 dan Tahun Melawat Ipoh 2023.