19.Disember 2024 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terus mempertahankan kejuaraan apabila merangkul johan dalam Pertandingan Koir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Piala YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Tahun 2024 yang berlangsung petang tadi.
Pertandingan yang diadakan di Taiping Perak itu, menyaksikan sebanyak 10 buah PBT daripada 15 telah mengambil bahagian.
Menerusi pertandingan tersebut, Naib Juara pula telah disandang oleh Majlis Daerah Perak Tengah, (MDPT), di tempat ke-3 menjadi milik Majlis Daerah Selama (MDS), manakala Majlis Perbandaran Taiping (MPT) mendapat tempat ke-4, selain meraih anugerah penyokong terbaik.
Sementara itu kumpulan koir Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pula dinobatkan sebagai pemenang anugerah persembahan terbaik.
Hadiah kepada pemenang berupa wang tunai dan piala iringan telah disampaikan Ybhg Tuan Khairul Amir Bin Mohamad Zubir, YDP MPT, selaku tuan rumah bagi penganjuran kali ini.
Terdahulu acara perasmian Pertandingan Koir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Piala YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Tahun 2024 ini, telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Perak Sandrea Ng Shy Ching, mewakli YAB Mentari Besar Perak.
MBI mengucapkan tahniah kepada semua dan kejuaraan ini telah meletakkan MBI sebagai pasukan koir terbaik PBT Perak sejajar dengan pengiktirafan Ipoh sebagai Bandar Muzik.